Social Icons

Featured Posts

Selasa, 24 November 2015

Pakej Cameron Highland

Jom kita semak sejarah sikit pasal Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron...Cameron Highland mendapat namanya dari seorang pegawai Inggeris yang bernama William Cameron yang menemui Cameron Highland pada tahun 1885 ketika beliau membuat peninjauan pemetaan di Tanah Melayu. Cameron ni byk orang dah tau ia merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yg cukup terkenal di semenanjung Malaysia. Terletak di Negeri Pahang di bahagian barat daya merupakan sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semulajadi. Ketinggian lebih kurang 1,829 meter dari aras laut & bersuhu antara 10 darjah ke 24 darjah celcius.

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND
Untuk sampai ke Cameron kita boleh melalui beberapa laluan...Dari Tapah utk yang datang dari arah selatan,dari Simpang Pulai yang datang dari utara,dari Kg Raja yang datang dari Gua Musang,dari Ringlet Lembah Bertan utk yang datang dari Pantai Timur...contoh Terengganu & Kuantan.Secara keselurohan Cameron Highland adalah kawasan tanah tinggi yg paling cantik di Malaysia selain dari Freaser Hill & Genting Highland.

LADANG BOH TEA SG PALAS

SEKITAR LAWATAN DI CAMERON HIGHLAND
Ada banyak kawasan yang boleh kita lawati seperti...
> Blue Valley Tea Estate
> Gunung Brinchang
> Tringkap & Penempatan Orang Asli Sg Ruil
> Ladang Tea yg terindah BOH Tea Plantation Sg Palas.
> Wild Orchid Farm
> Rose Valley Village
> Butterfly farm & garden
> Pasar Pagi Kea Farm
> Uncle Sam & Catcus Point
> Lavender Garden dll...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAK PROMO SIKIT...
Kalau Pakej ke Cameron 2D1N..
PAKEJ TERMASUK :- 
* Van/MPV/Bas dari Kuala Lumpur
* 1 Malam Penginapan Apartment 3 bilik
* Makan Malam Steamboat di Heritage Hotel
* Tiket masuk Lavender garden
* Tiket masuk Rose Valley
* Tiket masuk Butterfly garden
* Lawat Ladang BIH Tea Sg Palas
* 1 x Sarapan pagi di gerai Majlis Daerah Brinchang
* Lawat Big Red Strawberry @ Catcus Valley

HARGA RM180.00 utk seorang dewasa...Minimum 5 pax/orang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pakej Pulau Pinang

BUKIT BENDERA


PENANG HILL VIEW
At the Penang Hill cool & fresh air...we take a rest before continue tour & sightseeing around the hill. Beside of us is the Food Court Centre.


PENANG HILL VIEW

PENANG HILL SIGHTSEEING

TELUK BAHANG FOREST ECO PARK

Pakej Ho Chi Minh City

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam.
Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kembojasebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.
Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negaraHanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina.
Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
LAWATAN KE HO CHI MINH 

DAY 01 - Tour & Sightseeing to Ho Chi Minh City...A Short sightseeing tour of Ho Chi Minh city,visit to War Museum,The Hundred Years Red Cathedral (Notre Dame Cathedral),The Old Post Office & The People's Committee Hall, visit to China Town & free time shopping at Ben Thanh market.


TEKSI HO CHI MINH

MEKONG DELTA (MYTO)
Sungai Mekong adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China,MyanmarThailandLaosKemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.
Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.
Asal nama Sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang). Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Bahasa Thai pula 'Mae Nam Khong'. Kong bermaksud Sungai.

CU CHI TUNNEL


 
Blogger Templates