Social Icons

Selasa, 24 November 2015

Pakej Ho Chi Minh City

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam.
Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kembojasebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.
Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negaraHanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina.
Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
LAWATAN KE HO CHI MINH 

DAY 01 - Tour & Sightseeing to Ho Chi Minh City...A Short sightseeing tour of Ho Chi Minh city,visit to War Museum,The Hundred Years Red Cathedral (Notre Dame Cathedral),The Old Post Office & The People's Committee Hall, visit to China Town & free time shopping at Ben Thanh market.


TEKSI HO CHI MINH

MEKONG DELTA (MYTO)
Sungai Mekong adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China,MyanmarThailandLaosKemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.
Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.
Asal nama Sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang). Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Bahasa Thai pula 'Mae Nam Khong'. Kong bermaksud Sungai.

CU CHI TUNNEL


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogger Templates